Peta Lokasi   | Web Mail   | Peluang Kerjaya   | e-Semakan
Rabu, 19 Jun 2013 / 10 Sha'aban 1434H
 

   

Laman Utama   |  Cawangan Bank   |  Muat Turun   |  Galeri Gambar   |  Maklum Balas   |  Komuniti   |  Soalan Lazim   |  Perutusan Pengerusi
     

Dermasiswa Dato’ Haji Yusoff Hilmi
 
Dermasiswa Dato’ Haji Yusoff Hilmi
Skim Dermasiswa Dato’ Haji Yusoff Hilmi diwujudkan di bawah Undang-Undang Kecil 63 (2) (f) untuk mewujudkan satu tabung yang dapat membantu dari segi kewangan kepada anggota yang mempunyai anak-anak yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan anak-anak yang melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi.
 
Faedah Skim Dermasisiwa ini dibahagikan kepada beberapa kategori seperti berikut:
 (i) Dermasiswa Hadiah Kecemerlangan Sijil Pelajaran Malaysia
  • Manfaat skim ini yang diberikan hadiah sebanyak RM 100.00 (Ringgit: Satu ratus sahaja) kepada anggota-anggota yang mempunyai anak yang telah mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun sebelumnya dan mendapat keputusan sekurang-kurangnya 6A dalam mana-mana mata pelajaran.                                 
  • Maklumat Lanjut Dan Syarat-Syarat  [+]
(ii) Dermasiswa ke Institusi Pengajian Tinggi Peringkat Diploma
  • Skim ini memberi manfaat kepada anggota-anggota yang mempunyai anak yang akan melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta di peringkat diploma pada tahun semasa dengan pemberian dermasiswa sebanyak RM 200.00 (Ringgit : Dua Ratus Sahaja)  
  • Maklumat Lanjut Dan Syarat-Syarat [+]
(iii) Dermasiswa Ke Institut Pengajian Tinggi Peringkat Ijazah
  • Skim ini memberi manfaat kepada anggota-anggota yang mempunyai anak yang akan melanjutkan pelajaran ke mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta di peringkat Ijazah / Diploma lanjutan pada tahun semasa sebanyak RM250.00 (Ringgit : Dua Ratus Lima Puluh Sahaja.)
  • Maklumat Lanjut Dan Syarat-Syarat  [+]
(iv) Hadiah Kecemerlangan Dermasiswa Dato’ Haji Yusoff Hilmi
  • Pada setiap tahun akan dipilih seorang anak anggota yang mendapat keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia paling cemerlang untuk menerima hadiah khas kecemerlangan Dato’ Haji Yusoff Hilmi yang berupa sebuah plak dan wang tunai bernilai RM 500.00 (Ringgit : Lima Ratus Sahaja)  
  • Maklumat Lanjut Dan Syarat-Syarat  [+]
 
 
   

 

 

 

 

[Kembali]

   
   

Hak Cipta Terpelihara © 2010, Bank Persatuan.