Peta Lokasi   | Web Mail   | e-Semakan   | Peluang Kerjaya   | Penafian Isnin, 21 Aug 2017 / 28 Zulkaedah 1438H
 

   

Laman Utama   |  Cawangan Bank   |  Muat Turun   |  Laporan & Penyata Kewangan   |  Soalan Lazim   |  Khidmat Pelanggan   |  Maklum Balas
     

Utama >> Mengenali Kami >> Jawatan Kosong Berakhir 2 Julai 2017

Co-opbank Persatuan Malaysia Berhad menawarkan jawatan-jawatan yang bersesuaian dengan anda. Ini kerana pembukaan cawangan-cawangan baru di lokasi-lokasi strategik akan dilaksanakan hingga meliputi seluruh negeri di Semenanjung Malaysia
Mempelawa warganegara Malaysia Bumiputera (Melayu) yang berkelayakan untuk mengisi jawatan-jawatan berikut :-
1. PENOLONG PENGURUS CAWANGAN (KUCHING)
  • KELAYAKAN
    • Berkelulusan sekurang-kurangnya Diploma dalam bidang, Perniagaan, Perbankan , Perakaunan atau kelayakan yang berkaitan setaraf dengannya daripada IPT dan IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan.
    • Kepujian dalam matapelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik;
  • PENGALAMAN
    • Keutamaan diberikan kepada yang mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 3 tahun di dalam bidang operasi perbankan dan kewangan
    • Mampu melaksanakan tugas dalam tempoh masa yang telah ditetapkan dan boleh bekerja dalam persekitaran dengan pengawasan yang minima.
  • BIDANG TUGAS
    • Bertanggungjawab untuk membantu Pengurus Cawangan dalam segala tanggungjawabnya untuk menguruskan dan memastikan perjalanan operasi cawangan sentiasa di dalam keadaan teratur dan mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dari semasa ke semasa.
    • Bertanggungjawab membantu memastikan semua kakitangan berdisplin, mematuhi arahan dan mempunyai daya inisiatif untuk sentiasa berusaha memajukan cawangan khasnya dan Co-opbank Persatuan amnya.
   
2. PEGAWAI SUMBER MANUSIA (BUTTERWORTH)
   
 
  • KELAYAKAN
    • Berkelulusan sekurang-kurangnya Ijazah dalam bidang Sumber Manusia, Pengurusan Perniagaan, Perbankan , Perakaunan, atau kelayakan yang berkaitan setaraf dengannya daripada IPT dan IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan.
    • Kepujian dalam matapelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik;
 
  • PENGALAMAN
    • Keutamaan diberikan kepada yang mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 2 tahun di dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia.
    • Mampu melaksanakan tugas dalam tempoh masa yang telah ditetapkan dan boleh bekerja dalam persekitaran dengan pengawasan yang minima.  
 
  • BIDANG TUGAS
    • Bertanggungjawab mengendalikan kes-kes disiplin kakitangan dan menjalankan siasatan terhadap laporan yang diterima.
    • Menguruskan hal-hal dokumentasi berkaitan perjawatan kakitangan seperti tawaran jawatan, pertukaran, kenaikan pangkat, perletakan jawatan, persaraan dan lain-lain.
    • Bertanggungjawab memastikan maklumat peribadi dan perjawatan kakitangan dikemaskini dan diuruskan dengan baik dari semasa ke semasa.
    • Menyediakan laporan-laporan perjawatan yang diperlukan mengikut tempoh yang ditetapkan dari semasa ke semasa.
    • Memastikan pematuhan ke atas semua teguran/penemuan bahagian Audit dan tindakan pemulihan/pembetulan diambil berdasarkan arahan, polisi-polisi, prosedur-prosedur dan Akta yang berkaitan.
    • Bertanggungjawab melaksanakan lain-lain tugas yang diarahkan dari masa ke semasa.
   
3. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (BUTTERWORTH)
   
 
  • KELAYAKAN
    • Berkelulusan sekurang-kurangnya Ijazah dalam bidang Teknologi Maklumat, atau kelayakan yang berkaitan setaraf dengannya daripada IPT dan IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan.
    • Kepujian dalam matapelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik;
 
  • PENGALAMAN
    • Keutamaan diberikan kepada yang mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 2 tahun di dalam bidang Teknologi Maklumat.
    • Mampu melaksanakan tugas dalam tempoh masa yang telah ditetapkan dan boleh bekerja dalam persekitaran dengan pengawasan yang minima.
 
  • BIDANG TUGAS
    • Bertanggungjawab membantu Jabatan Teknologi Maklumat dalam menguruskan data dan maklumat.
    • Melakukan pemeriksaan data dan mengemaskini data yang agar memenuhi dan bersesuaian dengan keperluan sistem dan pengguna.
    • Mengurus data di dalam sistem agar sentiasa ‘’ up to date” dan dikemaskini dengan teratur.
    • Mencadangkan pengurusan data bersesuaian dengan keperluan dan teknologi terkini.
    • Menganalisa dan mengkaji tahap sistem pengurusan data agar setanding dengan teknologi semasa.
   
4. EKSEKUTIF AUDIT DALAM (BUTTERWORTH)
   
 
  • KELAYAKAN
    • Berkelulusan sekurang-kurangnya Diploma dalam bidang Perniagaan, Perbankan , Perakaunan, Teknologi Maklumat atau kelayakan yang berkaitan setaraf dengannya daripada IPT dan IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan.
    • Kepujian dalam matapelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik;
 
  • PENGALAMAN
    • Keutamaan diberikan kepada yang mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 3 tahun di dalam bidang Teknologi Maklumat dan Audit.
    • Mampu melaksanakan tugas dalam tempoh masa yang telah ditetapkan dan boleh bekerja dalam persekitaran dengan pengawasan yang minima.
 
  • BIDANG TUGAS
    • Bertanggungjawab melaksanakan pengauditkan Teknologi Maklumat di Ibu Pejabat dan Cawangan;
    • Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas pengauditan sebagaimana digariskan dalam Audit Program;
    • Mengenalpasti penemuan dari aktiviti pengauditan yang telah dilakukan dan menyediakan “Report Audit Finding” (RAF) untuk disemak oleh Ketua Audit Dalaman;
    • Melakukan tugasan “Ad Hoc” yang ditentukan oleh Pegurusan Kanan untuk menyiasat perkara-perkara berbangkit;
    • Menjalankan pemantauan dan semakan audit (Pematuhan) dari semasa ke semasa secara berkala tertakluk kepada arahan Ketua Audit Dalaman;
    • Menyediakan maklumat yang diperlukan kepada pihak Audit Bank Negara dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia untuk pengauditan;
    • Membuat semakan semula (pematuhan) ke atas segala laporan atau RAF yang telah dikeluarkan.
   

5. KETUA UNIT PENTADBIRAN KREDIT DAN KAWALAN (KUALA TERENGGANU, BUTTERWORTH)

   
 
  • KELAYAKAN
    • Berkelulusan sekurang-kurangnya Diploma dalam bidang Pemasaran, Perniagaan, Perbankan, Perakaunan atau kelayakan yang berkaitan setaraf dengannya daripada IPT dan IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan.
    • Kepujian dalam matapelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik;
 
  • PENGALAMAN
    • Keutamaan diberikan kepada yang mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 3 tahun bidang Pemasaran, Operasi Perbankan, Kewangan, Pengurusan Risiko, AMLATFA dan mempunyai pengalaman yang berkaitan akan diberi keutamaan.
    • Mampu melaksanakan tugas dalam tempoh masa yang telah ditetapkan dan boleh bekerja dalam persekitaran dengan pengawasan yang minima.
 
  • BIDANG TUGAS
    • Memastikan pembiayaan yang telah diluluskan dikeluarkan sepertimana yang ditetapkan di dalam Garis Panduan Operasi (GPO).
    • Memastikan semua dokumen sekuriti bagi pembiayaan diuruskan dengan baik.
    • Memastikan segala dokumentasi Biro dilakukan dengan sempurna.
    • Memastikan semua dokumen berkaitan pembiayaan dilengkapkan dan difailkan dengan baik.
    • Menyemak, memantau dan menjalankan kerja kutipan dan susulan agar akaun-akaun tidak memasuki kategori Pembiayaan Tidak Berbayar (PTB) mengikut sasaran yang ditetapkan.
    • Menyediakan laporan bulanan dan semasa mengenai akaun pembiayaan tidak berbayar di cawangan.
    • Bertanggungjawab membuat susulan atau pemantauan bayaran balik pembiayaan oleh pelanggan.
   
6. KETUA UNIT PEMASARAN DAN PEMBIAYAAN (NIBONG TEBAL)
   
 
  • KELAYAKAN
    • Berkelulusan sekurang-kurangnya Diploma dalam bidang Pemasaran, Perniagaan, Perbankan , Perakaunan atau kelayakan yang berkaitan setaraf dengannya daripada IPT dan IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan.
    • Kepujian dalam matapelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik;
 
  • PENGALAMAN
    • Keutamaan diberikan kepada yang mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 3 tahun bidang Pemasaran, Operasi Perbankan, Kewangan, Pengurusan Risiko, AMLATFA dan mempunyai pengalaman yang berkaitan akan diberi keutamaan.
    • Mampu melaksanakan tugas dalam tempoh masa yang telah ditetapkan dan boleh bekerja dalam persekitaran dengan pengawasan yang minima.
 
  • BIDANG TUGAS
    • Bertanggungjawab untuk membantu Pengurus Cawangan dalam segala tanggungjawabnya untuk menguruskan dan memastikan perjalanan unit di cawangan sentiasa di dalam keadaan teratur dan mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dari semasa ke semasa dan mencapai sasaran jualan yang telah ditetapkan.
    • Bertanggungjawab membantu memastikan semua kakitangan berdisplin, mematuhi arahan dan mempunyai daya inisiatif untuk sentiasa berusaha memajukan cawangan khasnya dan Co-opbank Persatuan amnya.
    • Sentiasa saling membantu antara sesama kakitangan dengan lain-lain unit cawangan di Co-opbank Persatuan kearah memberikan perkhidmata
    • n yang baik kepada anggota-anggota ataupun pelanggan-pelanggan.
    • Bertanggungjawab memastikan sasaran jualan cawangan capai sepertimana yang telah ditetapkan.
   
7. KERANI KAWALAN (NIBONG TEBAL)
   
 
  • KELAYAKAN
    • Berkelulusan sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf.
    • Kepujian dalam matapelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik.
    • Berkebolehan menggunakan komputer.
    • Berumur 18 tahun hingga 26 tahun.
 
  • PENGALAMAN
    • Keutamaan diberikan yang mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 1 tahun di dalam bidang yang berkaitan.
    • Mampu melaksanakan tugas dalam tempoh masa yang telah ditetapkan dan boleh bekerja dalam persekitaran dengan pengawasan yang minima.
 
  • BIDANG TUGAS
    • Bertanggungjawab menyemak, memantau dan menjalankan kerja kutipan dan susulan.
    • Menyediakan laporan bulanan dan semasa mengenai akaun pembiayaan tidak berbayar.
   
8. KERANI PENTADBIRAN KREDIT & KAWALAN (KUALA LUMPUR)
   
 
  • KELAYAKAN
    • Berkelulusan sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf.
    • Kepujian dalam matapelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik.
    • Berkebolehan menggunakan komputer.
    • Berumur 18 tahun hingga 26 tahun.
 
  • PENGALAMAN
    • Keutamaan diberikan yang mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 1 tahun di dalam bidang yang berkaitan.
    • Mampu melaksanakan tugas dalam tempoh masa yang telah ditetapkan dan boleh bekerja dalam persekitaran dengan pengawasan yang minima.
 
  • BIDANG TUGAS
    • Memastikan semua dokumen sekuriti bagi pembiayaan diuruskan dengan baik.
    • Mengeluarkan pembiayaan yang telah diluluskan.
    • Memastikan dokumentasi Biro dilakukan oleh Unit Kawalan.
    • Memastikan semua dokumen berkaitan pembiayaan dilengkapkan dan difailkan dengan baik.
    • Bertindak sebagai juruwang gantian (‘relief teller’).
    • Bertanggungjawab menyemak, memantau dan menjalankan kerja kutipan dan susulan agar akaun-akaun tidak memasuki kategori Pembiayaan Tidak Berbayar (PTB) mengikut sasaran yang ditetapkan.
    • Menyediakan laporan bulanan dan semasa mengenai akaun pembiayaan tidak berbayar di cawangan.
   
9. KERANI TEKNOLOGI MAKLUMAT (BUTTERWORTH)
   
 
  • KELAYAKAN
    • Berkelulusan sekurang-kurangnya Sijil dalam bidang Teknologi Maklumat serta dalam bidang yang berkaita atau kelayakan yang diiktiraf.
    • Mendapat kepujian dalam SPM untuk matapelajaran Bahasa Melayu, Matematik, dan Bahasa Inggeris.
 
  • PENGALAMAN
    • Keutamaan diberikan kepada yang mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 1 tahun di dalam bidang yang berkaitan.
    • Mampu melaksanakan tugas dalam tempoh masa yang telah ditetapkan dan boleh bekerja dalam persekitaran dengan pengawasan yang minima.
 
  • BIDANG TUGAS
    • Mengemaskini dokumentasi dan manual pengguna serta polisi prosedur.
    • Mengemaskini memo dan surat-surat yang diterima/dikeluarkan melalui Bahagian Teknologi Maklumat.
    • Mengemaskini fail inventori yang berkaitan dengan peralatan dan aksessori komputer di Bank Persatuan.
    • Mengambil minit mesyuarat dan mengemaskini fail minit mesyuarat Bahagian Teknologi Maklumat.
    • Memastikan buku, manual, dokumentasi, CD, disket dan lain-lain bahan penting Bahagian Teknologi Maklumat disimpan dan berada di dalam keadaan baik, selamat dan mudah dicapai.
    • Sentiasa dalam keadaan bersedia unutk mempelajari perkara-perkara yang baru dan ‘up to date’.
   

10. BP ES-TEAM / EKSEKUTIF PEMASARAN

   
 
  • KELAYAKAN
    • Berkelulusan sekurang-kurangnya Diploma/ Ijazah dalam bidang Pemasaran, Perniagaan, Perbankan, Perakaunan atau kelayakan yang berkaitan setaraf dengannya daripada IPT yang diiktiraf Kerajaan.
    • Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik.
 
  • PENGALAMAN
    • Berpengalaman sekurang-kurangnya 1 tahun di dalam bidang Pemasaran & Perbankan Islam adalah satu kelebihan.
    • Mampu mendapatkan sebanyak mungkin peluang perniagaan dan mencapai sasaran jualan yang telah ditetapkan.
    • Mampu melaksanakan tugas dalam tempoh masa yang telah ditetapkan dan boleh bekerja dalam persekitaran dengan pengawasan minima.
 
  • BIDANG TUGAS
    • Membuat pemasaran dan jualan produk-produk Co-opbank Persatuan seperti berikut:-
      • Pembiayaan Peribadi
      • Pembiayaan Perumahan Bercagaran
      • Pembiayaan Koperasi
      • Pembiayaan Bukan Anggota
      • Lain-lain produk yang akan ditentukan oleh Co-opbank
    • Membuat pemasaran dan Jualan produk bagi memastikan sasaran jualan dicapai
   
Calon-Calon yang berminat boleh menghantar surat permohonan, surat latar diri dan gaji minimum dipohon bersama-sama salinan sijil yang berkaitan dan beserta gambar terbaru berukuran pasport kepada :
JABATAN SUMBER MANUSIA DAN PENTADBIRAN
CO-OPBANK PERSATUAN MALAYSIA BERHAD
41, 43 - 45 Jalan Selat, Taman Selat, 12000 Butterworth

Untuk Pertanyaan Sila Hubungi 04-3237650 atau layari www.bankpstn.com.my untuk maklumat lanjut

 
Email - kerjaya@bankpstn.com.my
Tarikh Tutup Permohonan Pada 10 Julai 2017 . Hanya calon-calon yang layak akan ditemuduga.
Permohonan diterima adalah secara pos / email / serahan tangan sahaja

 

 

[Kembali]

   
   

Hak Cipta Terpelihara © 2010 - 2017, Co-opbank Persatuan