Peta Lokasi   | Web Mail   | e-Semakan   | Peluang Kerjaya   | Penafian Isnin, 21 Aug 2017 / 28 Zulkaedah 1438H
 

   

Laman Utama   |  Cawangan Bank   |  Muat Turun   |  Laporan & Penyata Kewangan   |  Soalan Lazim   |  Khidmat Pelanggan   |  Maklum Balas
     

Utama >> Saham Keutamaan Islamik (iRCPS)

TAWARAN EKSKLUSIF KEPADA ANGGOTA UNTUK MELANGGAN SAHAM KEUTAMAAN ISLAMIK (iRCPS)

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

  1. Sukacita dimaklumkan Co-opbank Persatuan Malaysia Berhad (CBP) sedang giat mengembangkan perniagaannya selepas mendapat kelulusan dan pengiktirafan daripada Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sebagai sebuah institusi yang dibenarkan untuk mengambil deposit daripada kalangan bukan anggota.   

  1. CBP kini bersedia untuk bersaing dengan lain-lain institusi kewangan dalam usaha mengembangkan perniagaan perbankan berlandaskan patuh shariah. Untuk tujuan tersebut, CBP perlu meningkatkan modal perniagaannya. Penerbitan saham keutamaan yang dikenali sebagai “Islamic Redeemable Convertible Preference Shares” (iRCPS) telah dikenalpasti sebagai salah satu kaedah untuk meningkatkan modal perniagaan. Dalam hal ini, SKM telah meluluskan permohonan CBP untuk menerbitkan saham keutamaan iRCPS sebanyak RM300 juta.

  1. Salah satu ciri dan daya tarikan utama iRCPS adalah kadar pulangan yang ditawarkan. Berdasarkan prestasi Kewangan CBP untuk 5 tahun kebelakangan (2012-2016), adalah dijangkakan kadar pulangan yang akan dibayar oleh CBP adalah sebanyak 6%.  Kadar ini adalah jauh lebih tinggi daripada pulangan 5 tahun instrumen kewangan yang berada di pasaran seperti deposit tetap sekitar 4% hingga 5% dan juga terbitan bond/ sukuk seperti Malaysian Government Securities (MGS),  Government Investment Issue (GII) dan Private Debt Securities (PDS) Government Guaranteed (GG) masing-masing sekitar 3.55%, 3.71% dan 4.05%. 

  1. Sehubungan itu, CBP dengan berbesar hati menawarkan secara eksklusif kepada YBhg Tan Sri/ Dato’ Seri/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan sebagai anggota CBP sedia ada untuk melanggan iRCPS. Penawaran iRCPS ini adalah terhad untuk anggota CBP sehingga kuota RM300 juta iRCPS tercapai.

  1. Selaras dengan halatuju strategik CBP yang telah mengunjurkan pembayaran dividen pada kadar 10% menjelang tahun 2020, CBP amat mengalu-alukan pembelian iRCPS oleh YBhg Tan Sri/ Dato’ Seri/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan dan berharap dapat bersama-sama berkembang dengan CBP dengan cara melanggan iRCPS.

Sebarang pertanyaan mengenai tawaran eksklusif ini, sila hubungi mana- mana cawangan yang berhampiran  dan CBP mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan dan minat yang ditunjukkan oleh YBhg Tan Sri/ Dato’ Seri/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan.

Klik Disini >> PENERANGAN PRODUK SAHAM KEUTAMAAN ISLAMIK (iRCPS) << Klik Disini

 

[Kembali]

   
   

Hak Cipta Terpelihara © 2010 - 2017, Co-opbank Persatuan