Peta Lokasi   | Web Mail   | e-Semakan   | Peluang Kerjaya   | Penafian Selasa, 26 Sep 2017 / 5 Muharram 1439H
 

   

Laman Utama   |  Cawangan Bank   |  Muat Turun   |  Laporan & Penyata Kewangan   |  Soalan Lazim   |  Khidmat Pelanggan   |  Maklum Balas
     

Utama >> Agen Pemasaran Co-opbank Persatuan

Agen Pemasaran Co-opbank Persatuan
Syarat dan Kelayakan menjadi Agen Pemasaran
  • Individu Melayu Islam atau Bumiputera Islam Sabah dan Sarawak
    • Menjadi anggota Co-opbank Persatuan
    • Membuka akaun pelaburan sebagai deposit jaminan jumlah yang ditetapkan dari masa ke semasa
    • Bukan merupakan Anggota Lembaga / Kakitangan Co-opbank Persatuan
    • Bukan merupakan kakitangan atau pemilik / Anggota Pengarah dari koperasi atau syarikat yang telah dilantik menjadi Agen Pemasaran Co-opbank Persatuan
  • Koperasi yang berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)

    • Minima 90% keanggotaan dari Melayu Islam atau Bumiputera Islam Sabah dan Sarawak

    • Menjadi anggota Co-opbank Persatuan

    • Membuka akaun pelaburan sebagai deposit jaminan dengan jumlah yang ditetapkan dari masa ke semasa

  • Syarikat Pemilikan Tunggal / Perkongsian / Sendirian Berhad Milik Bumiputera Islam
    • Berdaftar dengan SSM
    • Membuka akaun pelaburan sebagai deposit jaminan dengan jumlah yang ditetapkan dari masa ke semasa
  • Pemohon mestilah bebas dari bangkrap yang belum dilepaskan
Tanggungjawab Agen Pemasaran
  • Agen Pemasaran yang dilantik adalah khusus untuk tujuan mempromosi dan memasarkan produk-produk Pembiayaan Peribadi Co-opbank Persatuan.

  • Setiap Agen Pemasaran perlulah ats inisiatif dan kesungguhan sendiri untuk mencari bakal pelanggan baru yang berpotensi, sebarang kos yang ditanggung semasa menjalankan aktiviti promosi dan pemasaran adalah tanggungjawab Agen Pemasaran sepenuhnya.

  • Agen Pemasaran tidak dibenarkan untuk mengutip sebarang bayaran caj perkhidmatan atau apa-apa caj sekali pun dari mana-mana bakal pelanggan kecuali caj-caj yang dibenarkan oleh Co-opbank Persatuan.

  • Agen Pemasaran mesti menandatangani akuan ('non disclosure') untuk tidak memberi maklumat atau data pelanggan kepada pihak ketiga.

  • Agen tidak dibenarkan memasar atau menjual apa-apa produk pembiayaan persendirian atau yang setara dengannya dari mana-mana bank, institusi kewangan atau koperasi lain

Bayaran Komisen
  • Co-opbank Persatuan akan memberi insentif berupa komisen berdasarkan jumlah permohonan pembiayaan yang diterima dan diluluskan oleh Co-opbank Persatuan.
  • Kadar Komisen adalah berdasarkan kadar yang ditetapkan
  • Insentif bonus dengan tambahan kadar tertentu yang ditetapkan oleh Bank Persatuan daripada kadar komisen dari jumlah perbezaan pengeluaran pembiayaan yang dicapai dengan jumlah sasaran bulanan, akan diberikan kepada mana-mana Agen Pemasaran yang berjaya melepasi sasaran bulanan yang ditetapkan,
Senarai Agen Pemasaran Co-opbank Persatuan

 

[Kembali]

   
   

Hak Cipta Terpelihara © 2010 - 2017, Co-opbank Persatuan