Peta Lokasi   | Web Mail   | e-Semakan   | Peluang Kerjaya   | Penafian Isnin, 29 May 2017 / 3 Ramadhan 1438H
 

   

Laman Utama   |  Cawangan Bank   |  Muat Turun   |  Laporan & Penyata Kewangan   |  Soalan Lazim   |  Khidmat Pelanggan   |  Maklum Balas
     

Utama >> JomPAY Co-opbank Persatuan

JomPAY Co-opbank Persatuan

Pengenalan

"Kini Anda Boleh Menikmati Kemudahan Perkhidmatan JomPAY Untuk Transaksi Pembayaran & Simpanan Dengan Mudah Melalui Internet & Telefon Mudah Alih. Lebih Menarik, Alami Kemudahan Ini Dengan PERCUMA !"

JomPAY merupakan perkhidmatan pembayaran dan simpanan berasaskan internet atau telefon mudah alih yang membolehkan anda melaksanakan transaksi pembayaran dan simpanan ke akaun anda di Co-opbank Persatuan secara online di mana-mana sahaja danpada bila-bila masa. Dengan JomPAY,anda kini boleh menguruskan keperluan perbankan harian anda dengan cara yang paling mudah dan selamat.
KelebihanDan Manfaat

Akses Tanpa Had Waktu Dan Tempat

JomPAY menawarkan perkhidmatan pembayaran dan simpanan secara online ke akaun anda di Co-opbank Persatuan. Dengan JomPAY, anda boleh menguruskan kewangan anda di luar waktu pejabat serta di seluruh Malaysia. Menguruskan kewangan anda menjadi semakin mudah apabila urusan kewangan anda kini terletak dihujung jari anda.

Transaksi Perbankan Yang Lebih Cepat

Anda tidak perlu meninggalkan rumah atau beratur panjang untuk urusan perbankan anda di cawangan kami. Melalui JomPAY, anda dapat menguruskan transaksi kewangan anda di Co-opbank Persatuan dengan lebih cepat dan selesa.

Pengurusan Kewangan Yang Lebih Bijak Dan Menjimatkan

JomPAY direka bentuk untuk memenuhi keperluan anda denga n mengambil kira unsur fleksibel dan mesra pengguna. Lebihmenarik, penggunaan perkhidmatan ini adalah percuma.

Apa itu JomPAY?

JomPAY adalah suatu inisiatif nasional yang disokong oleh Bank-Bank di Malaysia untuk mewujudkan satu kaedah pembayaran melalui online dan telefon mudah alih di Malaysia. MyClear, sebuah subsidiari yang dimiliki penuh oleh Bank Negara Malaysia adalah organisasi yang mengendalikan JomPAY.

Apakah fungsi JomPAY?
Melalui JomPAY, anda boleh menikmati kemudahan pembayaran dan simpanan melalui Internet atau perbankan telefon mudah alih dari 42 bank yang terlibat di Malaysia.
Pembayaran tersebut boleh dibuat dari akaun Simpanan biasa atau akaun simpanan semasa anda. Dengan JomPAY, transaksi anda ternyata lebih cepat, selamat dan mudah.
Adakah perkhidmatan JomPAY percuma?
Ya, perkhidmatan JomPAY ini adalah PERCUMA kepada pelanggan.
Dimanakah saya boleh cari perkhidmatan JomPAY ini?
Perkhidmatan JomPAY ini boleh didapati di Internet dan telefon mudah alih dari 42 Bank yang terlibat di Malaysia.

Perlukah saya mendaftar bagi menikmati perkhidmatan JomPAY ini?
Tiada pendaftaran diperlukan bagi menikmati perkhidmatan JomPAY. Namun anda harus mempunyai akses kepada Internet atau telefon mudah alih kepada salah satu 42 Bank yang terlibat.
Bagaimanakah caranya saya membuat pembayaran melalui perkhidmatan JomPAY ini?
Anda hanya perlu mengenal pasti logo JomPAY beserta ‘Biller Code’ pada penyata anda kemudian daftar masuk ke Internet atau telefon mudah alih dan bayar mengikut jumlah amaun pilihan anda. Ianya semudah 1-2-3.
Berapa lamakah pembayaran melalui JomPAY boleh diterima oleh akaun penerima?

Akaun penerima akan menerima pembayaran melalui JomPAY sehari selepas dari tarikh pembayaran dibuat.

Sekiranya pembayaran dibuat pada hari bukan bekerja seperti hari Sabtu atau Ahad, akaun penerima akan menerima pembayaran pada hari bekerja yang seterusnya.
Adakah terdapat had limit pembayaran melalui JomPAY ?
Sesetengah Bank yang terlibat mengehadkan jumlah pembayaran yang dibenarkan bagi transaksi melalui JomPAY. Sila rujuk kepada Bank yang terlibat bagi had transaksi anda.

Apa itu Kotak Rujukan Pelanggan JomPay? Bagaimanakah saya mencarinya?

Kotak Rujukan Pelanggan JomPAY merupakan sebuah kotak yang mengandungi ‘Biller Code’ Co-opbank Persatuan (7658) dan nombor akaun anda. Sila lihat pada penyata akaun anda dan cari logo JomPAY di bawah penyata tersebut.
Contoh Kotak Rujukan Pelanggan JomPAY :-

Apakah itu Biller Code?

Biller Code adalah kombinasi nombor unik yang mewakili JomPAY Biller. Sebagaicontohnya, Biller Code Co-opbank Persatuan adalah 7658.

Apakah itu Ref-1?

Ref-1 adalah kombinasi nombor unik (12 digit) yang merupakan nombor akaun milik pelanggan. Nombor akaun tersebut merangkumi samada akaun simpanan, akaun pembiayaan atau akaun syer keanggotaan pelanggan Co-opbank Persatuan.

Apakah itu Ref-2?

Ref-2 adalah terdiri daripada nombor kad pengenalan atau telefon bimbit yang perlu diisi oleh pelanggan Co-opbank Persatuan sebagai rujukan kepada pihak Bank.
Apakah yang perlu saya lakukan jika pembayaran saya tidak Berjaya diterima ke akaun penerima?
Langkah pertama, sila semak butiran pembayaran anda dan pastikan Biller Code dan jumlah amaun pembayaran anda adalah betul. Sila pastikan Bank penerima menerima bayaran dari jenis akaun anda. Bagi perbankan mudah alih dan Internet, sila hubungi Bank yang berkenaan.
Bank penerima saya tidak menerima bayaran saya. Apakah yang harus saya lakukan?
Sila hubungi Bank pembayar anda. Sediakan maklumat yang berkaitan seperti resit dan Nombor Rujukan JomPAY bagi transaksi tersebut kepada pihak Bank pembayar agar memudahkan pihak Bank tersebut mengesan rekod transaksi berikut.
PANDUAN PENGGUNA JOMPAY (Semudah 1-2-3)

Download Flyer JomPAY Co-opbank Persatuan

Klik Disini >> Flyer JomPAY 1 << Klik Disini

Klik Disini >> Flyer JomPAY 2 << Klik Disini

 

[Kembali]

   
   

Hak Cipta Terpelihara © 2010 - 2017, Co-opbank Persatuan