Peta Lokasi   | Web Mail   | Peluang Kerjaya   | e-Semakan
Rabu, 19 Jun 2013 / 10 Sha'aban 1434H
 

   

Laman Utama   |  Cawangan Bank   |  Muat Turun   |  Galeri Gambar   |  Maklum Balas   |  Komuniti   |  Soalan Lazim   |  Perutusan Pengerusi
     

Utama >> Perutusan Pengerusi

PERUTUSAN PENGERUSI BANK PERSATUAN

Pada 23 Jun 2012 yang lalu, Bank Persatuan telah mengadakan mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan yang ke 53 dengan dihadiri oleh seramai 606 orang perwakilan individu dan koperasi dari seluruh negara. Tahun 2011 yang lalu merupakan tahun yang cukup mencabar kepada Bank Persatuan kerana ianya adalah merupakan tahun bermulanya proses transformasi Bank Persatuan untuk diiktiraf sebagai sebuah coopbank setelah dianugerahkan Sijil Pengiktirafan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) pada tahun 2010 yang lalu sebagai ‘Koperasi yang telah memenuhi syarat-syarat GP11: Garis Panduan Bagi Koperasi Menjalankan Aktiviti Perbankan’ di bawah subseksyen 86B (1) Akta Koperasi 1993. Usaha-usaha transformasi tersebut akan diteruskan pada tahun 2012 ini dengan lebih gigih bagi meletakkan Bank Persatuan di landasan yang kukuh sehingga diiktiraf sebagai sebuah ‘coopbank’ tidak lama lagi.

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011 Bank Persatuan telah mencatatkan keuntungan sebanyak RM29.87 juta berbanding keuntungan tahun sebelumnya sebanyak RM30.17 juta. Penyusutan keuntungan ini adalah disebabkan oleh peningkatan dalam belanja hutang ragu dan peruntukan am 1.5% atas baki pembiayaan selaras dengan GP11 yang telah dikeluarkan SKM serta pelarasan operasi yang mengambilkira keuntungan daripada aktiviti-aktiviti perbankan sahaja bagi tahun kewangan 2011 selaras dengan Pandangan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia atas akaun-akaun teraudit berakhir 31 Disember 2010. Begitu juga penyusutan keuntungan ini adalah disebabkan oleh persaingan yang sengit di dalam sektor pembiayaan persendirian daripada institusi-institusi kewangan lain.

Untuk tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2011 Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan di atas telah meluluskan cadangan kadar dividen sebanyak 6.25%, walaubagaimanapun jumlah kadar dividen sebenar yang akan dibayar adalah tertakluk kepada kelulusan SKM. Pada 1 Ogos 2012 pihak SKM telah memberikan kelulusan bayaran dividen Bank Persatuan bagi tahun kewangan 2011 sebanyak 6.0% dengan peruntukan sebanyak RM 22.23 juta. Kadar dividen ini adalah setelah mengambikira peruntukan Seksyen 57; Akta Koperasi berkaitan Kumpulan Wang Rizab Statutori dan lain-lain peruntukan kumpulan wang serta peruntukan zakat perniagaan. Bayaran dividen kepada anggota-anggota yang mempunyai akaun simpanan Al Wadiah di Bank Persatuan adalah akan dikreditkan pada 10 Ogos 2012 dan bayaran dividen secara tunai kepada anggota-anggota yang tidak mempunyai akaun simpanan adalah mulai pada 13 Ogos 2012 sehingga 28 September 2012 melalui semua cawangan Bank Persatuan.

Dato' Jamal Bin Abdullah DIMP.,DPSM
Pengerusi Bank Persatuan

Adalah menjadi hasrat Anggota Lembaga untuk terus berusaha meningkatkan kadar pulangan dividen yang lebih baik setiap tahun sebagai menghargai sokongan anggota-anggota Bank Persatuan selama ini. Untuk merealisasikan hasrat tersebut, Anggota Lembaga Bank Persatuan telah meningkatkan had maksimum Pembiayaan Persendirian Al Ajmal dari RM150,000.000 kepada RM200,000.00 dengan kadar keuntungan yang istimewa serendah 3.95% setahun dan tempoh bayaran balik sehingga 20 tahun. Melalui produk pembiayaan persendirian ini, adalah dijangkakan pengeluaran pembiayaan Bank Persatuan akan dapat ditingkatkan pada tahun ini dan seterusnya ianya akan meningkatkan lagi pencapaian keuntungan Bank Persatuan.

Menyedari tahap persaingan yang semakin mencabar dalam sektor perniagaan pembiayaan persendirian, Anggota Lembaga juga telah bersetuju untuk meneroka bidang perniagaan Ar-Rahnu yang telah terbukti dapat memberikan pulangan keuntungan yang menggalakkan dalam pasaran pada masa ini dan kertas cadangan tersebut telahpun diluluskan oleh Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Ke 53 yang lalu. Adalah dijangka produk Ar-Rahnu ini akan mula ditawarkan kepada semua anggota Bank Persatuan mulai awal tahun 2013. Disamping itu, Bank Persatuan juga sedang di dalam kajian untuk menawarkan skim pembiayaan baharu iaitu ‘Pembiayaan Kontrak’ yang akan ditawarkan kepada koperasi-koperasi yang mendapat tawaran kerja atau pembekalan daripada pihak Kerajaan.

Bagi mengembangkan lagi operasi perniagaannya, Bank Persatuan juga telah berjaya membuka sebuah cawangan baru yang ke 14 di Ayer Keroh, Melaka dan telah mula beroperasi pada 3 Januari 2012 yang lalu. Pembukaan cawangan-cawangan baru khususnya di negeri-negeri yang masih belum mempunyai cawangan Bank Persatuan seperti Johor, Negeri Sembilan dan Terengganu akan diteruskan setelah mendapat kelulusan daripada pihak SKM selaras dengan GP:18 Garis Panduan Bagi Membuka Cawangan Koperasi Atau Subsidiari Sesuatu Koperasi.

Anggota Lembaga juga amat berharap agar anggota-anggota Bank Persatuan dapat memahami bahawa proses transformasi Bank Persatuan menjadi Coopbank yang diiktiraf memerlukan pengorbanan serta melibatkan pelaburan yang besar walaupun akan memberikan pulangan keuntungan kepada perniagaan Bank Persatuan tetapi tidaklah akan dinikmati dalam jangkawaktu yang singkat tetapi akan memberikan pulangan keuntungan kepada semua anggota melalui kadar pulangan dividen yang lebih baik pada masa hadapan. Sehubungan itu, amatlah diharapkan agar semua anggota individu dan koperasi dapat memberikan sokongan kepada Bank Persatuan dengan menambah pelaburan syer masing-masing yang tidak dikenakan sebarang had maksimum pada waktu ini dan juga meletakkan lebihan wang masing-masing di dalam akaun pelaburan syariah Bank Persatuan iaitu Al Wadiah, Al Mudharabah dan Sijil Pelaburan Pembiayaan. Pihak Bank Persatuan juga berharap agar anggota-anggota individu dan koperasi sekiranya memerlukan kemudahan pembiayaan dapat menghubungi mana-mana cawangan Bank Persatuan di seluruh negara kerana kemudahan pembiayaan yang disediakan kepada anggota amatlah kompetitif dan sokongan tersebut secara tidak langsung ianya juga akan dapat meningkatkan keuntungan Bank Persatuan yang akhirnya akan dapat memberikan kadar pulangan dividen yang lebih baik kepada anggota-anggota.

'SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI'

 

[Kembali]

   
   

Hak Cipta Terpelihara © 2010, Bank Persatuan.